sekarang harga emas telah jatuh.
lihat emas semasa
ini adalah peluang bagi siapa-siapa yang berminat untuk menyimpan emas fizikal...
benar jgklah kata orang tue, emas turun bulan 12....
jadi siape2 yang berminat 2...saya boleh tolong...insyaAllah...
contact di fb pun boleh...tapi, area terengganu jer ye?
heheheheh....
https://www.facebook.com/profile.php?id=1227025858 - add msj pls...
>>
Monday, December 19, 2011
Tuesday, December 6, 2011
KAEDAH PENGIRAAN KAD KREDIT
berikut adalah situasi tentang pembelian menggunakan kad kredit :
KADAR INTEREST = 1.46% sebulan
anda ingin membayar muka untuk membeli kereta dengan menggunakan kad kredit, sebagai contoh MYVi Extreme 1.5 full Spec dengan harga muka RM6,000 ( 10% dari harga sebenar RM61,XXX)
LAGI BEST.. |
sila ambil kira kadar interest yang dikenakan oleh bank tersebut, sebagai contoh :
caj kewangan biasa 1.4583% sebulan (atau 17.5% setahun) yang dikira secara harian akan dikenakan sehingga tarikh pembayaran balik sepenuhnya.
KADAR PENGGUNAAN = RM6,000 (Bayar muka)
KADAR BUNGA YANG DIKENAKAN = RM6,000 x 1.46% = RM 87.60 / SEBULANRM 87.60 adalah bayaran minimum untuk bank...sekiranya kita tidak membayar, maka jumlah pinjaman kita telah meningkat kepada RM6,087.60... begitulah seterusnya..
apakah pendapat anda semua berkaitan dengan RM87.60 itu???
untuk mengetahuinya perlulah kita selidik terlebih dahulu perjanjian kad kredit kita, sekiranya kad kredit konvensional, kad kredit = bank memberi pinjaman kepada kita. bila ia merupakan pinjaman, maka secara hakikatnya bank memberi pinjam duit kepada kita dan meminta kita membayar kembali jumlah yang dipinjam beserta bunga, dan didalam Islam...itulah riba.
Monday, December 5, 2011
KAD KREDIT, SUMBER KEWANGAN ATAU HUTANG BEBANAN?
terdapat bermacam - macam jenis kad kredit yang wujud pada masa kini.....tidak dapat dinafikan kewujudannya membantu byk pihak tetapi pada masa yang sama juga 'membunuh' banyak pihak juga. kad kredit bukan "Duit" kita...tetapi ia merupakan "liabiliti" atau "hutang" atau "pinjaman" kita....
asal kad kredit yang ada sebelum wujudnya kad kredit islamik adalah kad kredit versi konvensional, apabila bercakap tentang konvensional, tidak akan dapat lari daripada permainan riba. didalam Islam, riba = haram = dosa = melawan kerajaan Allah. jadi berhati - hati lah dalam memilih perkara ini. jika diberi pilihan carilah alternatif yang tidak melibatkan riba walaupun pada kebiasaannya kita membayar lebih sedikit. kerana RIBA = TIADA KEBERKATAN.
pilihan yang terbaik pada masa kini adalah islamik kredit kad. walaupun pada hakikat kad kredit islamik belum mencapai tahap yang boleh dikatakan benar - benar islamic 100% tetapi itu lah jalan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan bahaya riba.
majoriti daripada orang - orang muda yang muflis kerana kad kredit. sebab utama ialah kurangnya pemahaman tentang kad kredit itu sendiri. secara ringkas, kad kredit konvensional merupakan pinjaman kita dan bukan duit kita. dan kadar %bunga adalah tinggi. saya akan cuba menunjukkan pengiraan secara kasar tentang kad kredit ini, mudah mudahan dapat memberi gambaran yang lebih jelas...
ANTARA KAD KREDIT YANG ADA |
asal kad kredit yang ada sebelum wujudnya kad kredit islamik adalah kad kredit versi konvensional, apabila bercakap tentang konvensional, tidak akan dapat lari daripada permainan riba. didalam Islam, riba = haram = dosa = melawan kerajaan Allah. jadi berhati - hati lah dalam memilih perkara ini. jika diberi pilihan carilah alternatif yang tidak melibatkan riba walaupun pada kebiasaannya kita membayar lebih sedikit. kerana RIBA = TIADA KEBERKATAN.
pilihan yang terbaik pada masa kini adalah islamik kredit kad. walaupun pada hakikat kad kredit islamik belum mencapai tahap yang boleh dikatakan benar - benar islamic 100% tetapi itu lah jalan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan bahaya riba.
KAD KREDIT ISLAMIK |
majoriti daripada orang - orang muda yang muflis kerana kad kredit. sebab utama ialah kurangnya pemahaman tentang kad kredit itu sendiri. secara ringkas, kad kredit konvensional merupakan pinjaman kita dan bukan duit kita. dan kadar %bunga adalah tinggi. saya akan cuba menunjukkan pengiraan secara kasar tentang kad kredit ini, mudah mudahan dapat memberi gambaran yang lebih jelas...
AKPK sejauh mana ia membantu
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.
saya pernah ke pejabat utama AKPK dalam satu lawatan semasa menuntut di USIM beberapa tahun lepas, terletak berdekatan dengan Pertama kompleks, jalan sogo. hasil dari lawatan singkat itu, kami diberi taklimat tentang apa itu AKPK, sejarah penubuhan, ahli yang terlibat, dan turut diberi peluang untuk melawat sekitar pejabat.
kebanyakan ahlinya adalah bekas/senior yang pernah berkhidmat di bank - bank tempatan. tujuan utama AKPK adalah untuk membantu menguruskan kewangan bagi warganegara yang mempunyai rekod yang kurang bagus dalam pengurusan kewangan mereka : contoh : diblacklist oleh bank dll.
mereka akan membantu membuat persefahaman bersama antara bank dan pelanggan yang diblacklist, dalam usaha menyelamatkan kedua - dua belah pihak. kelebihannya adalah, kebanyakan ahli yang terlibat merupakan bekas - bekas pegawai di bank, mereka boleh dikatakan 'orang dalam' yang mampu membantu kedua - dua belah pihak.
AKPK menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada semua warganegara khususnya yang mempunyai rekod buruk didalam pengurusan kewangan mereka.
satu fakta tentang kadar muflis di Malaysia, MAJORITI ADALAH DIKALANGAN ORANG MUDA dan faktor utama yang menyumbang kearah itu adalah penggunaan KAD KREDIT yang keterlaluan, seterusnya nanti, saya akan cuba bincangkan tentang KAD KREDIT dan kesannya...
buku yang diterbitkan |
untuk maklumat lanjut, sila layari website AKPK -http://www.akpk.org.my/my/
Wednesday, August 10, 2011
PENGIRAAN GADAIAN AR-RAHNU...
andai kata anda memiliki 100gram emas 999... dan anda ingin menggadaikannya di Ar-Rahnu.
Ar-Rahnu akan menilai ketulenan emas anda (24k/999 - 18k/750) dan menilaikan dengan harga semasa emas itu mengikut gred emas tersebut. anda boleh melihat harga semasa di sini :
EMAS TERBAHAGI BANYAK JENIS DAN BANK RAKYAT HANYA MENERIMA EMAS DARI JENIS 999 HINGGA JENIS 750... EMAS 999 BERMAKSUD ADA 99.9% KETULENAN EMAS. 750 = 75.0%
baik...untuk memudahkan jalan pengiraan secara mudah.. kita andaikan harga emas semasa adalah RM150/gram (24k/999),
untuk gadaian pertama, bank rakyat akan memberi pinjaman gadaian sebanyak 60% daripada nilai marhum emas (nilai semasa)...
P/S : untuk gadaian seterusnya bank rakyat memberi pinjaman 70% daripada nilai marhum..
jadi pengiraannya adalah seperti berikut =
- NILAI MARHUM X 60% = JUMLAH PINJAMAN
- (100gram X RM150) X 60% = (RM15,000) X0.60
- RM15,000 X 0.60 = RM9,000
kita akan menerima RM9,000 daripada bank rakyat.
jika kita ingin menebus semula emas ini. kita perlu membayar balik kepada bank RM9,000 beserta upah simpan yang dikenakan oleh bank rakyat. (lihat upah simpan bank rakyat)
ADAKAH ANDA MENGINGINKAN PULANGAN ATAS EMAS YANG ANDA GADAIKAN DIBANK RAKYAT???TIDAK PERLU MEMBAYAR UPAH?BAHKAN ANDA MAMPU MEMBAYAR UPAH DAN MENERIMA KEUNTUNGAN APABILA BERLAKU KENAIKAN HARGA EMAS. INILAH CARANYA, DINAMAKAN OVERLAP/NILAI SEMULA EMAS.
mari kita melihat situasi ini.. pada suatu hari selepas anda melakukan gadaian di Ar-Rahnu ... anda pergi ke Ar-Rahnu pada keesokan harinya dan mendapati harga semasa emas telah naik dari RM150/gram (24k/999) kepada RM160/gram (24k/999). berlaku kenaikan harga sebanyak RM10 (perbezaan harga antara RM160 - RM150). anda boleh melakukan nilaian semula emas. apa yang anda perlu lakukan adalah bawa slip gadaian dan berjumpa dengan banker Ar-Rahnu dan cakap "saya nk ovelap/nilai semula/ sewaktu dengannya"... berlakulah transaksi seperti dibawah :
Banker akan menilai semula emas anda =
- NILAI MARHUM TERKINI = (RM160 X 100GRAM) = RM16,000
- PINJAMAN BARU = RM16,000 X 70% = RM11,200
- PINJAMAN TERDAHULU = RM9,000
- KOS UPAH = RM70 (ANGGARAN KASAR)
JADI ANDA AKAN MENERIMA LEBIHAN ATAS PINJAMAN BARU ANDA IAITU :
- PINJAMAN BARU - (PINJAMAN TERDAHULU + UPAH) = LEBIHAN PINJAMAN
- RM11,200 - (RM9,000 + RM70) = RM11,200 - RM9,070 = RM2,130
MAKA ANDA AKAN MENERIMA RM2,310 SEBAGAI LEBIHAN PINJAMAN. DAPAT DUIT SECARA CASH DAN SERTA MERTA!!!MENARIK BUKAN? JADI...APAKAH IMPLIKASINYA?\
APAKAH RISIKONYA???
IMPLIKASINYA :
- NILAI PINJAMAN GADAIAN MENINGKAT.
- jika dahulu kita perlu membayar = RM9,000 + upah untuk tebus balik
- kini kita perlu membayar = RM11,200 + upah untuk tebus balik
- TEMPOH MATANG GADAIAN (6 BULAN) AKAN BERMULA SEMULA.
- jika dahulu tarikh matangnya 1/1/2012
- kini tarikh matangnya 2/1/2012 ( baca kembali situasi Overlap )
- KADAR UPAH MENINGKAT ( masih dalam proses memahami)
JADI...ADAKAH INI MENGUNTUNGKAN??? JAWAPAN SAYA...ADAKAH ANDA INGIN MENJANA PENDAPATAN DENGAN BERMODALKAN RM15,000 .... ANDA MAMPU MENJANA PULANGAN HAMPIR RM70,000 DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN??? JIKA YA, AR-RAHNU ADALAH PELABURAN YANG MENARIK DAN TERBAIK!!!
Tuesday, August 9, 2011
AR-RAHNU SATU KELEBIHAN DAN RISIKO....
untuk mengetahui lanjut berhubung dengan Ar- Rahnu Bank Rakyat.. sila lihat link dibawah =
SILA LIHAT > pengiraan-gadaian-ar-rahnu
Baik. andai kata anda memiliki barang kemas emas sebanyak 100gram. cara menggadaikan emas itu di Ar-Rahnu adalah seperti berikut.
- bawa rantai tersebut ke Ar-Rahnu Bank Rakyat, sila pastikan anda membuat satu salinan fotokopi I/C satu helai.
- ambil nombor untuk urusan Ar-Rahnu
TUNGGU DENGAN SABAR - buat gadaian pertama anda ( untuk gadaian pertama bank membayar hanya 60% dari nilai semasa emas)
GADAIAN PERTAMA 60% - anda akan mendapat slip gadaian dan duit (samaada dimasukkan kedalam akaun atau mengambil cash by hand)
SLIP GADAIAN ANDA - tunggu kenaikan harga semasa emas anda. (fakta : nilai emas memiliki kenaikan tinggi dan kejatuhan yang sangat minimum)
LIHAT KENAIKAN EMAS 5 TAHUN - bawa slip gadaian dan pergi ke bank untuk melakukan overlap (nilai semula emas anda)
LIHAT DISINI UNTUK KENAIKAN HARGA SEMASA EMAS - bank akan menolak kos upah dan lebihan atas kenaikan emas itu akan diberi kepada penggadai. (pinjaman anda makin bertambah)
PINJAMAN ANDA BERTAMBAH - anda boleh membuat pinjaman dengan kaedah overlap sehingga nilai pinjaman anda berjumlah RM100,000 (syarat bank Rakyat buat masa kini)
I/C |
RANTAI EMAS |
Saya akan tunjukkan kaedah perkiraan bagaimana anda memperoleh keuntungan daripada kaedah ini..
SILA LIHAT > pengiraan-gadaian-ar-rahnu
MEMILIKI EMAS, SATU PELUANG PELABURAN.
andai kata anda memiliki emas...
RANTAI EMAS anda boleh samada = |
DINAR VS RM???
sila lihat gambarajah dibawah :
JUMLAH DINAR YANG DIPERLUKAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI
ini merupakan satu kajian berkaitan kos haji dengan dinar.
Tahun 2002 = kita memerlukan 64++ keping dinar (1 dinar = 4.25gram)
Tahun 2003 = kita memerlukan 53 keping dinar untuk menunaikan haji..
Tahun 2009 = kita memerlukan 17 keping dinar untuk menunaikan haji.
Tahun 2015 = kita mungkin memerlukan 10 keping dinar untuk menunaikan haji..
PERINGATAN : KITA PERLU MENGGUNAKAN MATAWANG UNTUK MENUNAIKAN HAJI.
kenapa kita memerlukan semakin sedikit dinar untuk menunaikan haji?
ini kerana :
- nilai emas telah meningkat.
- emas tidak boleh dicipta. maka nilainya bergantung diatas permintaan dunia
- emas tiada inflasi...kerana itu nilainya tidak jatuh.
- matawang mempunyai susut nilai, nilainya jatuh dari tahun ke tahun (ada inflasi)
- sebenarnya nilai emas kekal, tetapi nilai matawang yang semakin menyusut..kerana berlaku penciptaan wang melalui hutang. (ingat kes duit pisang zaman jepun)
baik lihat pengiraan dinar ini =
Tahun 2002;-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos haji : Berita Harian
SILA LIHAT > MEMILIKI EMAS SATU PELUANG PELABURAN
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos haji : Berita Harian
SILA LIHAT > MEMILIKI EMAS SATU PELUANG PELABURAN
BANDING BEZA KADAR PULANGAN
andaikan kita memiliki duit RM10,000...
jika kita laburkan di :
jika kita laburkan di :
- BANK = RM10,000 X 0.8% = RM80 / YEAR
- TABUNG HAJI = RM10,000 X 6% = RM600/YEAR
- ASB = RM10,000 X 8% = RM800/YEAR
- UNIT TRUST = RM10,000 X 18% = RM1,800/YEAR
- SAHAM = RM10,000 X 7% = RM700/YEAR
- HARTANAH = RM10,000 jual balik bergantung kepada permintaan.(tetap naik)
- EMAS = RM10,000 X 18% = RM1,800/YEAR
jika kita lihat..kadar pulangan paling tinggi adalah sama ada melabur dalam UNIT TRUST atau EMAS...sila ambil perhatian, kadar diatas adalah nilai % pulangan paling minimum...kedua - duanya mempunyai risiko yang berbeza. sila lihat how to start untuk penjelasan.
KENAPA TIDAK HARTANAH?
- bukan aset cair. (sukar menukar kepada tunai dengan kadar segera)
- kesukaran mencari lokasi strategik
KENAPA TIDAK UNIT TRUST?
- high risk - high return
- risiko rugi lebih besar dari untung (bergantung kepada kecenderungan akaun)
- pelabur tidak boleh mengarahkan bagaimana simpanan mereka perlu dilaburkan
- fees untuk perkhidmatan Syarikat Unit Trust.
BAGAIMANA EMAS?
- nilainya tidak merosot...kadar kenaikan terbukti.
- bernilai - tiada inflasi (0%)
- tidak boleh dicipta
- kadar kecairan tinggi
- zakat harta (85gram keatas)
- boleh dimanipulasikan
- menyimpan nilai.. ( harga emas sentiasa meningkat)
jadi, apakah pilihan anda???? kamu yang tentukan..seterusnya saya akan menerangkan tentang hubungan emas dengan nilai matawang kita $$. satu kajian yang menarik.
SILA LIHAT > DINAR VS RM
SILA LIHAT > DINAR VS RM
Monday, August 8, 2011
HOW TO START??
persoalan ini sering timbul apabila ingin memulakan sesuatu pelaburan yang selamat dan menguntungkan. setiap pelaburan memiliki risiko tertentu. ayuh kita lihat situasi ini...sekiranya anda memiliki duit lebih...
anda boleh melabur dalam pelbagai tempat...
1. simpan kt bank ( untung dlm 0.8% - 1.2%)
2. masuk tabung haji ( untung 6-8%)
3. masuk ASB ( pulangan fix 8%)
4. masuk public mutual ( untung 15 - 28%)
5. beli saham (berisiko)
6.beli hartanah ( tanah xda susut nilai)
7. beli emas ( tiada inflasi n susut nilai)
baik sekarang kita mempunyai pilihan pelaburan. sekarang mari kita lihat risiko yang terlibat jika kita melabur disalah satu yang diatas...
1. pelaburan yang mempunyai risiko rendah
1, 2, 3 = sentiasa untung...cuma untung yang tidak banyak.
6, 7 = tiada susut nilai, nilai sentiasa naik dari semasa ke semasa...
2. pelaburan yang mempunyai risiko pelbagai (tinggi dan rendah) =
4,5 = untung yang tinggi tetapi berisiko untuk mendapat rugi)
bagi sesiapa yang suka mengambil risiko ( risk taker)
sesiapa yang bukan risk taker =
anda boleh melabur dalam pelbagai tempat...
1. simpan kt bank ( untung dlm 0.8% - 1.2%)
2. masuk tabung haji ( untung 6-8%)
3. masuk ASB ( pulangan fix 8%)
4. masuk public mutual ( untung 15 - 28%)
5. beli saham (berisiko)
6.beli hartanah ( tanah xda susut nilai)
7. beli emas ( tiada inflasi n susut nilai)
baik sekarang kita mempunyai pilihan pelaburan. sekarang mari kita lihat risiko yang terlibat jika kita melabur disalah satu yang diatas...
1. pelaburan yang mempunyai risiko rendah
1, 2, 3 = sentiasa untung...cuma untung yang tidak banyak.
6, 7 = tiada susut nilai, nilai sentiasa naik dari semasa ke semasa...
2. pelaburan yang mempunyai risiko pelbagai (tinggi dan rendah) =
4,5 = untung yang tinggi tetapi berisiko untuk mendapat rugi)
bagi sesiapa yang suka mengambil risiko ( risk taker)
SAHAM |
PUBLIC MUTUAL |
sesiapa yang bukan risk taker =
BANK |
ASB |
TABUNG HAJI |
bagi orang yang nampak peluang =
emas |
hartanah |
pilihan ditangan anda...apakah pilihan anda...saya akan cuba banding bezakan kadar keuntungan setiap jenis pelaburan...
SILA LIHAT > BANDING BEZA KADAR PULANGAN
Subscribe to:
Posts (Atom)