ANTARA KAD KREDIT YANG ADA |
asal kad kredit yang ada sebelum wujudnya kad kredit islamik adalah kad kredit versi konvensional, apabila bercakap tentang konvensional, tidak akan dapat lari daripada permainan riba. didalam Islam, riba = haram = dosa = melawan kerajaan Allah. jadi berhati - hati lah dalam memilih perkara ini. jika diberi pilihan carilah alternatif yang tidak melibatkan riba walaupun pada kebiasaannya kita membayar lebih sedikit. kerana RIBA = TIADA KEBERKATAN.
pilihan yang terbaik pada masa kini adalah islamik kredit kad. walaupun pada hakikat kad kredit islamik belum mencapai tahap yang boleh dikatakan benar - benar islamic 100% tetapi itu lah jalan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan bahaya riba.
KAD KREDIT ISLAMIK |
majoriti daripada orang - orang muda yang muflis kerana kad kredit. sebab utama ialah kurangnya pemahaman tentang kad kredit itu sendiri. secara ringkas, kad kredit konvensional merupakan pinjaman kita dan bukan duit kita. dan kadar %bunga adalah tinggi. saya akan cuba menunjukkan pengiraan secara kasar tentang kad kredit ini, mudah mudahan dapat memberi gambaran yang lebih jelas...
No comments:
Post a Comment