>>

Wednesday, August 10, 2011

PENGIRAAN GADAIAN AR-RAHNU...


andai kata anda memiliki 100gram emas 999... dan anda ingin menggadaikannya di Ar-Rahnu.
Ar-Rahnu akan menilai ketulenan emas anda (24k/999 - 18k/750) dan menilaikan dengan harga semasa emas itu mengikut gred emas tersebut. anda boleh melihat harga semasa di sini :


EMAS TERBAHAGI BANYAK JENIS DAN BANK RAKYAT HANYA MENERIMA EMAS DARI JENIS 999 HINGGA JENIS 750... EMAS 999 BERMAKSUD ADA 99.9% KETULENAN EMAS. 750 = 75.0%

baik...untuk memudahkan jalan pengiraan secara mudah.. kita andaikan harga emas semasa adalah RM150/gram (24k/999),
untuk gadaian pertama, bank rakyat akan memberi pinjaman gadaian sebanyak 60% daripada nilai marhum emas (nilai semasa)...
P/S : untuk gadaian seterusnya bank rakyat memberi pinjaman 70% daripada nilai marhum..


jadi pengiraannya adalah seperti berikut = 



  • NILAI MARHUM X 60% = JUMLAH PINJAMAN
  • (100gram X RM150) X 60% = (RM15,000) X0.60
  • RM15,000 X 0.60 = RM9,000
kita akan menerima RM9,000 daripada bank rakyat.

jika kita ingin menebus semula emas ini. kita perlu membayar balik kepada bank RM9,000 beserta upah simpan yang dikenakan oleh bank rakyat. (lihat upah simpan bank rakyat)

ADAKAH ANDA MENGINGINKAN PULANGAN ATAS EMAS YANG ANDA GADAIKAN DIBANK RAKYAT???TIDAK PERLU MEMBAYAR UPAH?BAHKAN ANDA MAMPU MEMBAYAR UPAH DAN MENERIMA KEUNTUNGAN APABILA BERLAKU KENAIKAN HARGA EMAS. INILAH CARANYA, DINAMAKAN OVERLAP/NILAI SEMULA EMAS.

mari kita melihat situasi ini.. pada suatu hari selepas anda melakukan gadaian di Ar-Rahnu ... anda pergi ke Ar-Rahnu pada keesokan harinya dan mendapati harga semasa emas telah naik dari RM150/gram (24k/999) kepada RM160/gram (24k/999). berlaku kenaikan harga sebanyak RM10 (perbezaan harga antara RM160 - RM150). anda boleh melakukan nilaian semula emas. apa yang anda perlu lakukan adalah bawa slip gadaian dan berjumpa dengan banker Ar-Rahnu dan cakap "saya nk ovelap/nilai semula/ sewaktu dengannya"... berlakulah transaksi seperti dibawah :

Banker akan menilai semula emas anda = 
  • NILAI MARHUM TERKINI = (RM160 X 100GRAM) = RM16,000
  • PINJAMAN BARU = RM16,000 X 70% = RM11,200
  • PINJAMAN TERDAHULU = RM9,000
  • KOS UPAH = RM70 (ANGGARAN KASAR)
JADI ANDA AKAN MENERIMA LEBIHAN ATAS PINJAMAN BARU ANDA IAITU :
  • PINJAMAN BARU - (PINJAMAN TERDAHULU + UPAH) = LEBIHAN PINJAMAN
  • RM11,200 - (RM9,000 + RM70) = RM11,200 - RM9,070 = RM2,130
MAKA ANDA AKAN MENERIMA RM2,310 SEBAGAI LEBIHAN PINJAMAN. DAPAT DUIT SECARA CASH DAN SERTA MERTA!!!MENARIK BUKAN? JADI...APAKAH IMPLIKASINYA?\
APAKAH RISIKONYA???

IMPLIKASINYA : 
  1. NILAI PINJAMAN GADAIAN MENINGKAT.
    • jika dahulu kita perlu membayar = RM9,000 + upah untuk tebus balik
    • kini kita perlu membayar = RM11,200 + upah untuk tebus balik
  2. TEMPOH MATANG GADAIAN (6 BULAN) AKAN BERMULA SEMULA.
    • jika dahulu tarikh matangnya 1/1/2012
    • kini tarikh matangnya 2/1/2012 ( baca kembali situasi Overlap )
  3. KADAR UPAH MENINGKAT ( masih dalam proses memahami)
JADI...ADAKAH INI MENGUNTUNGKAN??? JAWAPAN SAYA...ADAKAH ANDA INGIN MENJANA PENDAPATAN DENGAN BERMODALKAN RM15,000 .... ANDA MAMPU MENJANA PULANGAN HAMPIR RM70,000 DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN??? JIKA YA, AR-RAHNU ADALAH PELABURAN YANG MENARIK DAN TERBAIK!!!

No comments:

Post a Comment