>>

Monday, December 19, 2011

BERMINAT MENYIMPAN EMAS FIZIKAL?

sekarang harga emas telah jatuh.

















lihat emas semasa
ini adalah peluang bagi siapa-siapa yang berminat untuk menyimpan emas fizikal...
benar jgklah kata orang tue, emas turun bulan 12....
jadi siape2 yang berminat 2...saya boleh tolong...insyaAllah...
contact di fb pun boleh...tapi, area terengganu jer ye?
heheheheh....

https://www.facebook.com/profile.php?id=1227025858 - add msj pls...

Tuesday, December 6, 2011

KAEDAH PENGIRAAN KAD KREDIT

berikut adalah situasi tentang pembelian menggunakan kad kredit :
anda ingin membayar muka untuk membeli kereta dengan menggunakan kad kredit, sebagai contoh MYVi Extreme 1.5 full Spec dengan harga muka RM6,000 ( 10% dari harga sebenar RM61,XXX)
LAGI BEST..
sila ambil kira kadar interest yang dikenakan oleh bank tersebut, sebagai contoh :
 caj kewangan biasa 1.4583% sebulan (atau 17.5% setahun) yang dikira secara harian akan dikenakan sehingga tarikh pembayaran balik sepenuhnya. 

KADAR INTEREST = 1.46% sebulan
KADAR PENGGUNAAN = RM6,000 (Bayar muka)
KADAR BUNGA YANG DIKENAKAN = RM6,000 x 1.46% = RM 87.60 / SEBULAN

RM 87.60 adalah bayaran minimum untuk bank...sekiranya kita tidak membayar, maka jumlah pinjaman kita telah meningkat kepada RM6,087.60... begitulah seterusnya..

apakah pendapat anda semua berkaitan dengan RM87.60 itu???
untuk mengetahuinya perlulah kita selidik terlebih dahulu perjanjian kad kredit kita, sekiranya kad kredit konvensional, kad kredit = bank memberi pinjaman kepada kita. bila ia merupakan pinjaman, maka secara hakikatnya  bank memberi pinjam duit kepada kita dan meminta kita membayar kembali jumlah yang dipinjam beserta bunga, dan didalam Islam...itulah riba.

Monday, December 5, 2011

KAD KREDIT, SUMBER KEWANGAN ATAU HUTANG BEBANAN?

terdapat bermacam - macam jenis kad kredit yang wujud pada masa kini.....tidak dapat dinafikan kewujudannya membantu byk pihak tetapi pada masa yang sama juga 'membunuh' banyak pihak juga. kad kredit bukan "Duit" kita...tetapi ia merupakan "liabiliti" atau "hutang" atau "pinjaman" kita....

ANTARA KAD KREDIT YANG ADA


asal kad kredit yang ada sebelum wujudnya kad kredit islamik adalah kad kredit versi konvensional, apabila bercakap tentang konvensional, tidak akan dapat lari daripada permainan riba. didalam Islam, riba = haram = dosa = melawan kerajaan Allah. jadi berhati - hati lah dalam memilih perkara ini. jika diberi pilihan carilah alternatif yang tidak melibatkan riba walaupun pada kebiasaannya kita membayar lebih sedikit. kerana RIBA = TIADA KEBERKATAN.


pilihan yang terbaik pada masa kini adalah islamik kredit kad. walaupun pada hakikat kad kredit islamik belum mencapai tahap yang boleh dikatakan benar - benar islamic 100% tetapi itu lah jalan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan bahaya riba.


KAD KREDIT ISLAMIK




majoriti daripada orang - orang muda yang muflis kerana kad kredit. sebab utama ialah kurangnya pemahaman tentang kad kredit itu sendiri. secara ringkas, kad kredit konvensional merupakan pinjaman kita dan bukan duit kita. dan kadar %bunga adalah tinggi. saya akan cuba menunjukkan pengiraan secara kasar tentang kad kredit ini, mudah mudahan dapat memberi gambaran yang lebih jelas...

AKPK sejauh mana ia membantu







Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

saya pernah ke pejabat utama AKPK dalam satu lawatan semasa menuntut di USIM beberapa tahun lepas, terletak berdekatan dengan Pertama kompleks, jalan sogo. hasil dari lawatan singkat itu, kami diberi taklimat tentang apa itu AKPK, sejarah penubuhan, ahli yang terlibat, dan turut diberi peluang untuk melawat sekitar pejabat.


kebanyakan ahlinya adalah bekas/senior yang pernah berkhidmat di bank - bank tempatan. tujuan utama AKPK adalah untuk membantu menguruskan kewangan bagi warganegara yang mempunyai rekod yang kurang bagus dalam pengurusan kewangan mereka : contoh : diblacklist oleh bank dll.
mereka akan membantu membuat persefahaman bersama antara bank dan pelanggan yang diblacklist, dalam usaha menyelamatkan kedua - dua belah pihak. kelebihannya adalah, kebanyakan ahli yang terlibat merupakan bekas - bekas pegawai di bank, mereka boleh dikatakan 'orang dalam' yang mampu membantu kedua - dua belah pihak.




AKPK menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada semua warganegara khususnya yang mempunyai rekod buruk didalam pengurusan kewangan mereka.


satu fakta tentang kadar muflis di Malaysia, MAJORITI ADALAH DIKALANGAN ORANG MUDA dan faktor utama yang menyumbang kearah itu adalah penggunaan KAD KREDIT yang keterlaluan, seterusnya nanti, saya akan cuba bincangkan tentang KAD KREDIT dan kesannya...
buku yang diterbitkan




untuk maklumat lanjut, sila layari website AKPK -http://www.akpk.org.my/my/