>>

Wednesday, August 10, 2011

PENGIRAAN GADAIAN AR-RAHNU...


andai kata anda memiliki 100gram emas 999... dan anda ingin menggadaikannya di Ar-Rahnu.
Ar-Rahnu akan menilai ketulenan emas anda (24k/999 - 18k/750) dan menilaikan dengan harga semasa emas itu mengikut gred emas tersebut. anda boleh melihat harga semasa di sini :


EMAS TERBAHAGI BANYAK JENIS DAN BANK RAKYAT HANYA MENERIMA EMAS DARI JENIS 999 HINGGA JENIS 750... EMAS 999 BERMAKSUD ADA 99.9% KETULENAN EMAS. 750 = 75.0%

baik...untuk memudahkan jalan pengiraan secara mudah.. kita andaikan harga emas semasa adalah RM150/gram (24k/999),
untuk gadaian pertama, bank rakyat akan memberi pinjaman gadaian sebanyak 60% daripada nilai marhum emas (nilai semasa)...
P/S : untuk gadaian seterusnya bank rakyat memberi pinjaman 70% daripada nilai marhum..


jadi pengiraannya adalah seperti berikut = 



  • NILAI MARHUM X 60% = JUMLAH PINJAMAN
  • (100gram X RM150) X 60% = (RM15,000) X0.60
  • RM15,000 X 0.60 = RM9,000
kita akan menerima RM9,000 daripada bank rakyat.

jika kita ingin menebus semula emas ini. kita perlu membayar balik kepada bank RM9,000 beserta upah simpan yang dikenakan oleh bank rakyat. (lihat upah simpan bank rakyat)

ADAKAH ANDA MENGINGINKAN PULANGAN ATAS EMAS YANG ANDA GADAIKAN DIBANK RAKYAT???TIDAK PERLU MEMBAYAR UPAH?BAHKAN ANDA MAMPU MEMBAYAR UPAH DAN MENERIMA KEUNTUNGAN APABILA BERLAKU KENAIKAN HARGA EMAS. INILAH CARANYA, DINAMAKAN OVERLAP/NILAI SEMULA EMAS.

mari kita melihat situasi ini.. pada suatu hari selepas anda melakukan gadaian di Ar-Rahnu ... anda pergi ke Ar-Rahnu pada keesokan harinya dan mendapati harga semasa emas telah naik dari RM150/gram (24k/999) kepada RM160/gram (24k/999). berlaku kenaikan harga sebanyak RM10 (perbezaan harga antara RM160 - RM150). anda boleh melakukan nilaian semula emas. apa yang anda perlu lakukan adalah bawa slip gadaian dan berjumpa dengan banker Ar-Rahnu dan cakap "saya nk ovelap/nilai semula/ sewaktu dengannya"... berlakulah transaksi seperti dibawah :

Banker akan menilai semula emas anda = 
  • NILAI MARHUM TERKINI = (RM160 X 100GRAM) = RM16,000
  • PINJAMAN BARU = RM16,000 X 70% = RM11,200
  • PINJAMAN TERDAHULU = RM9,000
  • KOS UPAH = RM70 (ANGGARAN KASAR)
JADI ANDA AKAN MENERIMA LEBIHAN ATAS PINJAMAN BARU ANDA IAITU :
  • PINJAMAN BARU - (PINJAMAN TERDAHULU + UPAH) = LEBIHAN PINJAMAN
  • RM11,200 - (RM9,000 + RM70) = RM11,200 - RM9,070 = RM2,130
MAKA ANDA AKAN MENERIMA RM2,310 SEBAGAI LEBIHAN PINJAMAN. DAPAT DUIT SECARA CASH DAN SERTA MERTA!!!MENARIK BUKAN? JADI...APAKAH IMPLIKASINYA?\
APAKAH RISIKONYA???

IMPLIKASINYA : 
  1. NILAI PINJAMAN GADAIAN MENINGKAT.
    • jika dahulu kita perlu membayar = RM9,000 + upah untuk tebus balik
    • kini kita perlu membayar = RM11,200 + upah untuk tebus balik
  2. TEMPOH MATANG GADAIAN (6 BULAN) AKAN BERMULA SEMULA.
    • jika dahulu tarikh matangnya 1/1/2012
    • kini tarikh matangnya 2/1/2012 ( baca kembali situasi Overlap )
  3. KADAR UPAH MENINGKAT ( masih dalam proses memahami)
JADI...ADAKAH INI MENGUNTUNGKAN??? JAWAPAN SAYA...ADAKAH ANDA INGIN MENJANA PENDAPATAN DENGAN BERMODALKAN RM15,000 .... ANDA MAMPU MENJANA PULANGAN HAMPIR RM70,000 DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN??? JIKA YA, AR-RAHNU ADALAH PELABURAN YANG MENARIK DAN TERBAIK!!!

Tuesday, August 9, 2011

AR-RAHNU SATU KELEBIHAN DAN RISIKO....

untuk mengetahui lanjut berhubung dengan Ar- Rahnu Bank Rakyat.. sila lihat link dibawah =

Baik. andai kata anda memiliki barang kemas emas sebanyak 100gram. cara menggadaikan emas itu di Ar-Rahnu adalah seperti berikut.
  1. bawa rantai tersebut ke Ar-Rahnu Bank Rakyat, sila pastikan anda membuat satu salinan fotokopi I/C satu helai.
  2. I/C
    RANTAI EMAS
    1. ambil nombor untuk urusan Ar-Rahnu 
      TUNGGU DENGAN SABAR
      1. buat gadaian pertama anda ( untuk gadaian pertama bank membayar hanya 60% dari nilai semasa emas) 
        GADAIAN PERTAMA 60%
        1. anda akan mendapat slip gadaian dan duit (samaada dimasukkan kedalam akaun atau mengambil cash by hand) 
          SLIP GADAIAN ANDA
          1. tunggu kenaikan harga semasa emas anda. (fakta : nilai emas memiliki kenaikan tinggi dan kejatuhan yang sangat minimum) 
            LIHAT KENAIKAN EMAS 5 TAHUN
            1. bawa slip gadaian dan pergi ke bank untuk melakukan overlap (nilai semula emas anda)  
              LIHAT DISINI UNTUK KENAIKAN HARGA SEMASA EMAS
              1. bank akan menolak kos upah dan lebihan atas kenaikan emas itu akan diberi kepada penggadai. (pinjaman anda makin bertambah) 
                PINJAMAN ANDA BERTAMBAH
                1. anda boleh membuat pinjaman dengan kaedah overlap sehingga nilai pinjaman anda berjumlah RM100,000 (syarat bank Rakyat buat masa kini)
                Saya akan tunjukkan kaedah perkiraan bagaimana anda memperoleh keuntungan daripada kaedah ini..

                MEMILIKI EMAS, SATU PELUANG PELABURAN.

                andai kata anda memiliki emas...
                RANTAI EMAS

                anda boleh samada = 


                MEMAKAI BARANG KEMAS

                ATAU!!!

                MELABURKANNYA..


                BAGAIMANAKAH CARANYA JIKA MAHU MELABURKAN EMAS??
                ADA DUA CARA :-

                1) memegang emas pada masa kini untuk menjual semula pada masa hadapan
                2) Ar-Rahnu (menggadaikan emas dan memperoleh pulangan $$ setiap kali harga emas meningkat)

                SETERUSNYA...BAGAIMANAKAH CARANYA????

                SILA LIHAT > AR-RAHNU, SATU KELEBIHAN DAN RISIKO

                DINAR VS RM???


                sila lihat gambarajah dibawah :





                JUMLAH DINAR YANG DIPERLUKAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI





                ini merupakan satu kajian berkaitan kos haji dengan dinar.

                Tahun 2002 = kita memerlukan 64++ keping dinar (1 dinar = 4.25gram)
                Tahun 2003 = kita memerlukan 53 keping dinar untuk menunaikan haji..
                Tahun 2009 = kita memerlukan 17 keping dinar untuk menunaikan haji.
                Tahun 2015 = kita mungkin memerlukan 10 keping dinar untuk menunaikan haji..


                PERINGATAN : KITA PERLU MENGGUNAKAN MATAWANG UNTUK MENUNAIKAN HAJI.

                kenapa kita memerlukan semakin sedikit dinar untuk menunaikan haji?

                ini kerana :
                • nilai emas telah meningkat.
                • emas tidak boleh dicipta. maka nilainya bergantung diatas permintaan dunia 
                • emas tiada inflasi...kerana itu nilainya tidak jatuh. 
                • matawang mempunyai susut nilai, nilainya jatuh dari tahun ke tahun (ada inflasi) 
                • sebenarnya nilai emas kekal, tetapi nilai matawang yang semakin menyusut..kerana berlaku penciptaan wang melalui hutang. (ingat kes duit pisang zaman jepun) 


                baik lihat pengiraan dinar ini =

                Tahun 2002;-
                1 Dinar = RM 140

                Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140

                Jumlah = RM9,100.00

                Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

                Tahun 2009:-

                1 Dinar = RM 502

                Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502

                Jumlah = RM 9,036.00

                Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.


                Tahun 2010:-

                1 Dinar = RM 595

                Kos Haji = 17 keping x RM 595

                Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

                Sumber kos haji : Berita Harian

                SILA LIHAT > MEMILIKI EMAS SATU PELUANG PELABURAN

                BANDING BEZA KADAR PULANGAN

                andaikan kita memiliki duit RM10,000...

                jika kita laburkan di :

                1. BANK = RM10,000 X 0.8% = RM80 / YEAR
                2. TABUNG HAJI = RM10,000 X 6% = RM600/YEAR
                3. ASB = RM10,000 X 8% = RM800/YEAR
                4. UNIT TRUST = RM10,000 X 18% = RM1,800/YEAR
                5. SAHAM = RM10,000 X 7% = RM700/YEAR
                6. HARTANAH = RM10,000 jual balik bergantung kepada permintaan.(tetap naik)
                7. EMAS = RM10,000 X 18% = RM1,800/YEAR
                jika kita lihat..kadar pulangan paling tinggi adalah sama ada melabur dalam UNIT TRUST atau EMAS...sila ambil perhatian, kadar diatas adalah nilai % pulangan paling minimum...kedua - duanya mempunyai risiko yang berbeza. sila lihat how to start untuk penjelasan.

                KENAPA TIDAK HARTANAH?
                • bukan aset cair. (sukar menukar kepada tunai dengan kadar segera)
                • kesukaran mencari lokasi strategik
                KENAPA TIDAK UNIT TRUST?
                • high risk - high return
                • risiko rugi lebih besar dari untung (bergantung kepada kecenderungan akaun)
                • pelabur tidak boleh mengarahkan bagaimana simpanan mereka perlu dilaburkan
                • fees untuk perkhidmatan Syarikat Unit Trust.
                BAGAIMANA EMAS?
                • nilainya tidak merosot...kadar kenaikan terbukti.
                • bernilai - tiada inflasi (0%)
                • tidak boleh dicipta
                • kadar kecairan tinggi
                • zakat harta (85gram keatas)
                • boleh dimanipulasikan
                • menyimpan nilai.. ( harga emas sentiasa meningkat)
                jadi, apakah pilihan anda???? kamu yang tentukan..seterusnya saya akan menerangkan tentang hubungan emas dengan nilai matawang kita $$. satu kajian yang menarik.

                SILA LIHAT > DINAR VS RM

                Monday, August 8, 2011

                HOW TO START??

                persoalan ini sering timbul apabila ingin memulakan sesuatu pelaburan yang selamat dan menguntungkan. setiap pelaburan memiliki risiko tertentu. ayuh kita lihat situasi ini...sekiranya anda memiliki duit lebih...

                anda boleh melabur dalam pelbagai tempat...
                1. simpan kt bank ( untung dlm 0.8% - 1.2%)
                2. masuk tabung haji ( untung 6-8%)
                3. masuk ASB ( pulangan fix 8%)
                4. masuk public mutual ( untung 15 - 28%)
                5. beli saham (berisiko)
                6.beli hartanah ( tanah xda susut nilai)
                7. beli emas ( tiada inflasi n susut nilai)

                baik sekarang kita mempunyai pilihan pelaburan. sekarang mari kita lihat risiko yang terlibat jika kita melabur disalah satu yang diatas...
                1. pelaburan yang mempunyai risiko rendah
                     1, 2, 3 = sentiasa untung...cuma untung yang tidak banyak.
                     6, 7 = tiada susut nilai, nilai sentiasa naik dari semasa ke semasa...
                2. pelaburan yang mempunyai risiko pelbagai (tinggi dan rendah) =
                     4,5 = untung yang tinggi tetapi berisiko untuk mendapat rugi)

                bagi sesiapa yang suka mengambil risiko ( risk taker) 
                SAHAM
                PUBLIC MUTUAL













                sesiapa yang bukan risk taker = 
                BANK
                ASB
                TABUNG HAJI

                bagi orang yang nampak peluang =
                emas
                hartanah

                pilihan ditangan anda...apakah pilihan anda...saya akan cuba banding bezakan kadar keuntungan setiap jenis pelaburan...